Isnin, 14 Mei 2012

Our Journey Begins.. | Hairol+Fatimah

Our dreams, Our Journey Begins...Selamat Pengantin Baru buat Hairol+Fatimah . Bermula dengan Majlis Pernikahan pada 11 Mei diikuti dengan Majlis Resepsi pada 12&13 Mei 2012. Tahniah buat anda berdua, selamat menjalani hidup berpasangan, berbahagia selamanya. Terima kasih dari 3BFocus photography.

© Bard | 3BFocus photography

Selasa, 17 April 2012

Sidi+Siti 25March2012 | Resepsi de' Ketior

Selamat Pengantin Baru buat Sidi+Siti | Maaf lambat sikit nak masukkan dlm blog. Bak kata adik aku..pengantin baru dah jadi pengantin terkini ajer. Anyway SPB der.

Isnin, 2 April 2012

ZAIDI+RUSMAWARNI | CUSTOM ALBUM

Alhamdulillah..hampir siap custom album adik aku | Zaidi+Rusmawarni bagi custom album bertunang dan pernikahan. 1 lagi custom album kena siapkan bg majlis resepsi pula. hmm bulan April ni adik aku lagi sorang plak nak bertunang..FAIZ+NURSYAWINA /huish..bila adik-beradik dah semua nak melangkah ke alam rumahtangga ni menunjukkan aku ni dah semakin tua..Apa-apa pun TAHNIAH dari Abg Long yer.Selamat Menjalani kehidupan rumahtangga dan layarilah bahtera dengan sempurna, Terima kasih buat semua. Bulan Mei nanti 2 klien lg menunggu. Insyaallah aku cuba buat yang terbaik.

Salam dari
 © Bard | 3BFocus 2012

Rabu, 8 Februari 2012

Hope my dream come true | Versi 1

Assalamualaikum.. Selamat pagi / petang /malam. Dah berlalu bulan Januari, kini di ambang bulan Februari..sekejap jer masa berlalu.hmm planning utk 3bfocus x buat apa2 pun lagi mood bercuti lagi, kekadang tu masa untuk family perlu diutamakan. Ok pembukaan bulan 2 ni abg ipar aku bikin panas dgn ER6N baru nya ..perghhh belalang tempur kuning ni buat aku lebih bersemangat utk bekerja. Di sini adalah beberapa shoot yg aku ambil bersama kembar dengan belalang kuning ni. Bulan 3 huh ..persediaan Adik aku nak kahwin kat Johor, adik perempuan aku nak bersalin kat Perlis, bulan 4 adik aku pulak nak bertunang di Penang hmmm memang sibuk ler bulan-bulan mendatang ni. Kepada adik-adikku " Selamat Pengantin Baru ", " Selamat Menimang cahayamata" & " Selamat Bertunang", Insyaallah , abg n family akan hadir di setiap majlis. Abg doakan kebahagiaan & keselamatan semua. Kepada family doakan kebahagiaan & kejayaan abgmu ini. Terima kasih kepada family,kekawan & pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan 3bfocus. Salam Sayang. dari  : Bard 3BFocus 2012 | Wassalam.

Isnin, 5 Disember 2011

Love Story | Noor Hidayah+Khairul | Kellies Castle

Assalamualaikum WBTH.. Disember..Musim Cuti Sekolah..dan bulan yang penuh dengan majlis perkahwinan. Selamat Pengantin Baru buat Noor Hidayah + Khairul | Taman Lembah Permai Batu Gajah. Semoga pasangan ini berbahagia hingga selamanya. Terima kasih sebab sudi mengabadikan kenangan terindah bersama 3Bfocus+ Zin 3B.Vid sebagai Official Photographer bagi Majlis Resepsi kalian. Dengan tema Penyatuan Cinta, majlis lebih berseri dengan pakaian istiadat, berlatar belakangkan Lambang Penyatuan Kisah Cinta Istana Kellies. " When love is observed, love is preserved. TQ Wassalam.

Selasa, 29 November 2011

10 Years Reunion | SMK Convent Taiping Batch 1997-2001 | We Reunite with Glam

Assalamualaikum wbth. Dah lama tak cover untuk event ni. Thanks to Sheila ( Boss Deco ) sebab sudi invite 3BFocus sebagai Official Photographer bagi 10 Years Reunion 2001-2011| We Reunite with Glam di SSL Traders Taiping pada 26.11.2011.Thanks to Organizer sebab bagi pelbagai cenderamata, makan malam yang best..sampai sakit tengkuk sebab makan lamb+mushroom sauce..biasaler dah tua ni ada ler yang perlu dikurangkan makan benda-benda camtu. Thanks to Abg Sony sebab cover bagi Lomo Mode+BW , Fitriana sebab cover bagi carpet merah+momento , Zana ( awek Fitri ) bidan terjun merangkap Bendahari kitaorang dan saya sendiri Bard bagi moment+portrait. Hopefully semoga rezeki dilimpahi sepanjang tahun baru ini. Semoga terus berusaha untuk terus menjadi yang terbaik. Terima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan kepada 3BFocus | Terima kasih..wasalam © Bard 3BFocus 2011.

Isnin, 14 November 2011

My Observation | Little India Ipoh

Assalamualaikum Wbth, hmm pagi-pagi lagi dah hujan, hujan rahmat. Tengah tunggu Shahril Hezrin nak pergi Ipoh, nak jumpa klien pukul 2.00 ptg di Tower Regency Hotel, ada projek sikit. Minta2 jadiler..Masuk highway jer dah jem..hmm ada accident kat lorong sebelah..Ouch..hancur kereta tu...bab ni yang aku malas tengok ni..Sepanjang aku menceburi bidang photography ni, tak pernah aku nak cuba " street photo". TQ to Shahril , ngajor aku tentang cabang photography ni..Talent kat Little India Ipoh ni pun sporting, dah biasa kot gambar diaorang diabadikan oleh penggiat street photo. So inilah hasil dari penelitian aku. Kalau kurang tu almaklum jeler..'first time', cam baru kahwin rasanya..hahahahaha. Adios , TQ Shahril & Abg Sony.

© Bard 3BFocus | Photographer 2011 | My Observation Little India Ipoh 12.11.2011 |