Isnin, 31 Oktober 2011

Dof project | Patience is smart learning | white4sharp,black4blur

Assalamualaikum wbth, yup hari Sabtu dan Ahad hari tu..mengadap lappy aku sehari suntuk untuk project terbaru, iaitu proses kesabaran untuk menjimatkan duit daripada membeli lense mahal giler..yup ilmu ni kena dikongsikan ye tak..thanks to Mr. Nuryazin..sebab bagi "benda alah' ni..nak belajor kena tanya dier..aku ni pun nampak gayanya kena seminggu ler belanja dier teh tarik. Niler hasilnya..wuihhh betuller teknologi semakin  canggih kalau tak kejar maka tinggal belakangler..Apa-apa pun tak dinafikan kuasa lense,cuma kalau takde tu bolehlah dipraktikkan dengan benda alah ni..so enjoy dengan white4sharp"n"black4blur.Tq Wasalam.

© Bard 3BFocus photographer | 31.10.2011

Isnin, 17 Oktober 2011

Black+white project | Keris K.Kangsar 16.10.2011

Assalamualaikum Wbth. Pada Ahad 16.10.2011, Kolaborasi antara aku n' geng kuala yang baru dikenali dalam FB..Semuanya bagus dan x kedekut ilmu dalam merencanakan perkongsian ilmu ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Terima kasih kepada Rahim ewalk, Luke Carliff, Naim, Abg Sony,Fieza, Fitriana, dan talent Salbiah,Nazira,Nadya,Intan,Miera. Proses pembelajaran dalam bentuk black+white. Harap semua yang terlibat menghayati salah satu medium / fungsi dalam kamera anda.

Terima kasih | © Bard 3BFocus 2011.

Selasa, 11 Oktober 2011

Kolaborasi 3BFocus+ Pengantin Bonda

Setiap pasangan pasti memerlukan antara satu sama lain,begitu jua dalam perniagaan. Alhamdulillah , dapat juga menyiapkan blog kawan iaitu www.pengantinbonda.blogspot.com . Semoga beliau terus sukses dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Insyaallah rezeki itu ada , selagi kita berusaha dan berbuat baik sesama manusia , akan dibalas jua akhirnya. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan. Kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung diucapkan jutaan terima kasih. Nantikan pembukaan rasmi Butik Pengantin Bonda di Kuala Kangsar di mana akan menyediakan perkhidmatan sewaan baju pengantin, pelamin , solekan dll. Terima kasih sekali lagi | © Bard 2011 | 3BFocus+Pengantin Bonda.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Hasil Sentuhan kami.

Assalamualaikum..Salam buat semua, di atas permintaan rakan-rakan dimasukkan beberapa keping hasil daripada pembelajaran diaorang dari sesi photoshoot hari tu. Hmm diorang ni memang senang belajar, ok untuk next project kitaorg akan buat b+w plak.So enjoy.......

Isnin, 3 Oktober 2011

Vintage perfectlight | pixlromatic

Semalam aku ( Bard ),Pija,Fitri dan Abg Sony ( hahahaha dah ada nama baru tu )dan Miera ( x sure sangat nama dier rasanya betul kut )..dalam proses pembelajaran mengenal fungsi kamera anda. Dengan dua model ..Opppsss rahsia..sesaja ja diorang  pose sikit untuk mengkaji dan ajarin sikit kat diorang tentang fungsi iso,shutter speed & aperture.Entah betoi entah tidak aku ajar..hahahaha bolehler janji diorang paham.. Disebabkan blog ini blog aku so aku masukkanler beberapa keping gambar yang diedit mengikut selera aku..konsep vintage diorang nak.Gambor diorang dari member yang tadi tu , nantiler selepas dibincangkan tentang kesesuaiannya.Terima kasih wassalam. © Bard 3BFocus 2011.