Khamis, 11 Ogos 2011

Hari Raya Bakal Tiba.

Assalamualaikum wbth. Kepada semua yang mengenali diri ini, Saya Badiohissam dan sekeluarga mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin". Terima kasih kepada semua yang menyokong kepada 3BFocus, saya akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan di masa akan datang. Insyaallah. Terima kasih juga kepada keluarga , saudara mara dari kedua-dua belah pihak yang bersatu hati selama ini.

Ikhlas dari : Bard | 3BFocus , Nathra , Nuradriana Safiah, Nuradalia Shafiqah, Muhd Airiel Hakimi.

© 3Bfocus 2011 ©

Rabu, 3 Ogos 2011

Kata-kata hikmat untuk panduan diriku.



Basikal


Mengendalikan sesuatu perniagaan adalah seperti mengayuh basikal. Anda boleh mengayuh laju atau  perlahan. Apa yang penting ialah untuk sampai ke destinasi yang di tuju. Tetapi walau apa pun yang anda lakukan, jangan berhenti, sebaik sahaja anda berhenti anda pasti akan jatuh .
" dari pakar motivasi Power Closing, Dr Rizal Naidu".

Harijadi Sayang dan Ramadhan

Alhamdulillah..masuk Ogos, semua umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan..hmm masa untuk menetapkan iman dan amalan.Hmm bulan Ogos,bulan dimana aku kena sediakan hadiah untuk isteri tersayang, Pn Nathra Mohamed dimana harijadinya pada 11.08.2011. Seorang isteri yang begitu memahami, yang sekepala ngan aku., betullah org tua-tua  berkata..kalau dah jodoh, dia akan menjadi tulang belakang bagi kejayaan suami. Terima kasih buat isteriku. Jasa dan pengorbanan sayang tetap dikenang. Buat isteriku..Kaulah rusuk kiriku..sempurna buat aku.terima kasih kerana menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak kita.

© Bard | 3BFocus.2011 ©