Isnin, 5 Disember 2011

Love Story | Noor Hidayah+Khairul | Kellies Castle

Assalamualaikum WBTH.. Disember..Musim Cuti Sekolah..dan bulan yang penuh dengan majlis perkahwinan. Selamat Pengantin Baru buat Noor Hidayah + Khairul | Taman Lembah Permai Batu Gajah. Semoga pasangan ini berbahagia hingga selamanya. Terima kasih sebab sudi mengabadikan kenangan terindah bersama 3Bfocus+ Zin 3B.Vid sebagai Official Photographer bagi Majlis Resepsi kalian. Dengan tema Penyatuan Cinta, majlis lebih berseri dengan pakaian istiadat, berlatar belakangkan Lambang Penyatuan Kisah Cinta Istana Kellies. " When love is observed, love is preserved. TQ Wassalam.

Selasa, 29 November 2011

10 Years Reunion | SMK Convent Taiping Batch 1997-2001 | We Reunite with Glam

Assalamualaikum wbth. Dah lama tak cover untuk event ni. Thanks to Sheila ( Boss Deco ) sebab sudi invite 3BFocus sebagai Official Photographer bagi 10 Years Reunion 2001-2011| We Reunite with Glam di SSL Traders Taiping pada 26.11.2011.Thanks to Organizer sebab bagi pelbagai cenderamata, makan malam yang best..sampai sakit tengkuk sebab makan lamb+mushroom sauce..biasaler dah tua ni ada ler yang perlu dikurangkan makan benda-benda camtu. Thanks to Abg Sony sebab cover bagi Lomo Mode+BW , Fitriana sebab cover bagi carpet merah+momento , Zana ( awek Fitri ) bidan terjun merangkap Bendahari kitaorang dan saya sendiri Bard bagi moment+portrait. Hopefully semoga rezeki dilimpahi sepanjang tahun baru ini. Semoga terus berusaha untuk terus menjadi yang terbaik. Terima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan kepada 3BFocus | Terima kasih..wasalam © Bard 3BFocus 2011.

Isnin, 14 November 2011

My Observation | Little India Ipoh

Assalamualaikum Wbth, hmm pagi-pagi lagi dah hujan, hujan rahmat. Tengah tunggu Shahril Hezrin nak pergi Ipoh, nak jumpa klien pukul 2.00 ptg di Tower Regency Hotel, ada projek sikit. Minta2 jadiler..Masuk highway jer dah jem..hmm ada accident kat lorong sebelah..Ouch..hancur kereta tu...bab ni yang aku malas tengok ni..Sepanjang aku menceburi bidang photography ni, tak pernah aku nak cuba " street photo". TQ to Shahril , ngajor aku tentang cabang photography ni..Talent kat Little India Ipoh ni pun sporting, dah biasa kot gambar diaorang diabadikan oleh penggiat street photo. So inilah hasil dari penelitian aku. Kalau kurang tu almaklum jeler..'first time', cam baru kahwin rasanya..hahahahaha. Adios , TQ Shahril & Abg Sony.

© Bard 3BFocus | Photographer 2011 | My Observation Little India Ipoh 12.11.2011 |

Isnin, 31 Oktober 2011

Dof project | Patience is smart learning | white4sharp,black4blur

Assalamualaikum wbth, yup hari Sabtu dan Ahad hari tu..mengadap lappy aku sehari suntuk untuk project terbaru, iaitu proses kesabaran untuk menjimatkan duit daripada membeli lense mahal giler..yup ilmu ni kena dikongsikan ye tak..thanks to Mr. Nuryazin..sebab bagi "benda alah' ni..nak belajor kena tanya dier..aku ni pun nampak gayanya kena seminggu ler belanja dier teh tarik. Niler hasilnya..wuihhh betuller teknologi semakin  canggih kalau tak kejar maka tinggal belakangler..Apa-apa pun tak dinafikan kuasa lense,cuma kalau takde tu bolehlah dipraktikkan dengan benda alah ni..so enjoy dengan white4sharp"n"black4blur.Tq Wasalam.

© Bard 3BFocus photographer | 31.10.2011

Isnin, 17 Oktober 2011

Black+white project | Keris K.Kangsar 16.10.2011

Assalamualaikum Wbth. Pada Ahad 16.10.2011, Kolaborasi antara aku n' geng kuala yang baru dikenali dalam FB..Semuanya bagus dan x kedekut ilmu dalam merencanakan perkongsian ilmu ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Terima kasih kepada Rahim ewalk, Luke Carliff, Naim, Abg Sony,Fieza, Fitriana, dan talent Salbiah,Nazira,Nadya,Intan,Miera. Proses pembelajaran dalam bentuk black+white. Harap semua yang terlibat menghayati salah satu medium / fungsi dalam kamera anda.

Terima kasih | © Bard 3BFocus 2011.

Selasa, 11 Oktober 2011

Kolaborasi 3BFocus+ Pengantin Bonda

Setiap pasangan pasti memerlukan antara satu sama lain,begitu jua dalam perniagaan. Alhamdulillah , dapat juga menyiapkan blog kawan iaitu www.pengantinbonda.blogspot.com . Semoga beliau terus sukses dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Insyaallah rezeki itu ada , selagi kita berusaha dan berbuat baik sesama manusia , akan dibalas jua akhirnya. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan. Kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung diucapkan jutaan terima kasih. Nantikan pembukaan rasmi Butik Pengantin Bonda di Kuala Kangsar di mana akan menyediakan perkhidmatan sewaan baju pengantin, pelamin , solekan dll. Terima kasih sekali lagi | © Bard 2011 | 3BFocus+Pengantin Bonda.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Hasil Sentuhan kami.

Assalamualaikum..Salam buat semua, di atas permintaan rakan-rakan dimasukkan beberapa keping hasil daripada pembelajaran diaorang dari sesi photoshoot hari tu. Hmm diorang ni memang senang belajar, ok untuk next project kitaorg akan buat b+w plak.So enjoy.......

Isnin, 3 Oktober 2011

Vintage perfectlight | pixlromatic

Semalam aku ( Bard ),Pija,Fitri dan Abg Sony ( hahahaha dah ada nama baru tu )dan Miera ( x sure sangat nama dier rasanya betul kut )..dalam proses pembelajaran mengenal fungsi kamera anda. Dengan dua model ..Opppsss rahsia..sesaja ja diorang  pose sikit untuk mengkaji dan ajarin sikit kat diorang tentang fungsi iso,shutter speed & aperture.Entah betoi entah tidak aku ajar..hahahaha bolehler janji diorang paham.. Disebabkan blog ini blog aku so aku masukkanler beberapa keping gambar yang diedit mengikut selera aku..konsep vintage diorang nak.Gambor diorang dari member yang tadi tu , nantiler selepas dibincangkan tentang kesesuaiannya.Terima kasih wassalam. © Bard 3BFocus 2011.

Selasa, 20 September 2011

Pengantin Raya

Assalamualaikum.wbth. Hmm..sekarang ni masa untuk menyusun ,mengedit dan memilih gambar-gambar untuk 2 pasangan pengantin yang telah berlangsungnya perkahwinan pada bulan September ni. buat Eifa+Fizi dan Emi+Ain, sabar yer ur custom album still in progress. Next project untuk kemaskinikan blog kawan, Wan Zainal Arifin. Blog yang akan menampilkan himpunan-himpunan pakaian pengantin terkini.Tunggu yer.Tq kerana kerpercayaan kepada 3BFocus | Kepada sesiapa yang berminat kepada perkhidmatan jurugambar 3BFocus bolehlah melayari blog saya k. Nantikan kolaborasi di antara www.3bfocus.blogspot.com dan www.pengantinbonda.blogspot.com. | Terima kasih dari Bard 3BFocus2011©.

Khamis, 11 Ogos 2011

Hari Raya Bakal Tiba.

Assalamualaikum wbth. Kepada semua yang mengenali diri ini, Saya Badiohissam dan sekeluarga mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin". Terima kasih kepada semua yang menyokong kepada 3BFocus, saya akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan di masa akan datang. Insyaallah. Terima kasih juga kepada keluarga , saudara mara dari kedua-dua belah pihak yang bersatu hati selama ini.

Ikhlas dari : Bard | 3BFocus , Nathra , Nuradriana Safiah, Nuradalia Shafiqah, Muhd Airiel Hakimi.

© 3Bfocus 2011 ©

Rabu, 3 Ogos 2011

Kata-kata hikmat untuk panduan diriku.



Basikal


Mengendalikan sesuatu perniagaan adalah seperti mengayuh basikal. Anda boleh mengayuh laju atau  perlahan. Apa yang penting ialah untuk sampai ke destinasi yang di tuju. Tetapi walau apa pun yang anda lakukan, jangan berhenti, sebaik sahaja anda berhenti anda pasti akan jatuh .
" dari pakar motivasi Power Closing, Dr Rizal Naidu".

Harijadi Sayang dan Ramadhan

Alhamdulillah..masuk Ogos, semua umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan..hmm masa untuk menetapkan iman dan amalan.Hmm bulan Ogos,bulan dimana aku kena sediakan hadiah untuk isteri tersayang, Pn Nathra Mohamed dimana harijadinya pada 11.08.2011. Seorang isteri yang begitu memahami, yang sekepala ngan aku., betullah org tua-tua  berkata..kalau dah jodoh, dia akan menjadi tulang belakang bagi kejayaan suami. Terima kasih buat isteriku. Jasa dan pengorbanan sayang tetap dikenang. Buat isteriku..Kaulah rusuk kiriku..sempurna buat aku.terima kasih kerana menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak kita.

© Bard | 3BFocus.2011 ©

Isnin, 11 Julai 2011

Alhamdulillah..9.7.2011..Selesailah sudah kenduri di sebelah pihak lelaki, yang juga merupakan adik lelakiku. Azrol.Tahniah daripada kami sekeluarga buat Azrol+Suria.Walaupun tarikh tersebut merupakan tarikh "Peristiwa",namun semuanya berjalan dengan lancar.Terima kasih buat adikku Faiz Badiozaman yang menjadi backup photographer pada hari tersebut..Tunggu kemunculan sentuhan dia k.Akhir kata terima kasih kepada semua anggota keluarga, saudara mara, adik beradik dari kedua-dua belah pihak yang bertungkus lumus menjayakan Majlis ini. Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalas nya. " Tiada kata secantik bahasa" | Bard 3BFocus 2011. | 18.7.2011 . Resepsi Liyana +Humam di Kedah pula..Terima Kasih.

Selasa, 5 Julai 2011

3.7.2011..Terpateri janji ikatan buat adikku, Azrol+Suria. Majlis Resepsi yang sungguh meriah di Rumah Pengantin Perempuan di Desa Tasik , Sungai Besi. Tahniah diucapkan buat mempelai dari Keluarga dan saudara mara.Terima kasih atas layanan yang sungguh baik dari pihak keluarga pengantin perempuan.Semoga berbahagia buat Azrol+Suria. Majlis menyambutnya akan berlangsung di Kuala Kangsar Perak pada 9.7.2011.Terima kasih diucapkan buat backup photographer Ahmad Faiz Badiozaman,Nuradriana Safiah Badiohissam serta anak buah  Azril Hisham . Kita belajar ye tak....Terima kasih dari  ©3BFocus | 2011

Khamis, 23 Jun 2011

Anak Murid pertamaku. | Azril Hisham

Pada 19.6.2011.Genaplah 2 tahun usia Nur Qistina Khirul Nizam.Dah bercucu dah aku ni..nak kata tua tu takler sangat tapi pada usia cam ni rasa macam hmmmm.....Hahahaha anak saudaraku Azril Hisham dah beli gear baru Canon 600D..dia ni aku tengok minatnya lebih kurang aku jer..so bermulalah pembelajaran mengenal kamera, fungsi dan komposisi. Bab editing ni dia masih lagi dalam proses mengenal berus,ikon,tone dan masking. Insyaallah aku tengok dia ni jenis yang cepat belajar..Aku pun bukan pandai sangat..tapi mana yang aku tahu tu sikit-sikit aku ajarler..idakler gambar tu jadi cantik sampai tahap dewa....tapi bolehlah..So tunggu jelah hasilnya nanti.Di sini disertakan beberapa keping hasilnya..cuma editing masih dilakukan oleh aku..©Bard 3BFocus | 2011. Sekian Terima Kasih.

Selasa, 3 Mei 2011

Ingat April | Ingat Kuala

Assalamualaikum..hmmm bulan april dah melabuhkan tirainya..buat penduduk Kuala Kangsar..bulan april merupakan Bulan yang penuh dengan warna-warninya sempena Keputeraan Sultan Perak.Selain daripada Sukan Airnya dahulu , sehingga kepada pesta panjut dan pertunjukan bunga api..dan tak lupa juga terhimpunnya moto -moto klasik spt norton ,triumph serta vespa..Khas buat peminat moto klasik..disini beberapa keping gambar yang dapat diabadikan..tq  ©3bfocus|2011

Selasa, 5 April 2011

Masanya telah tiba

As salam..perancangan perlu dilakukan untuk terus berjaya dalam bidang ini..Sesiapa yang ingin menjadi rakan kongsi adalah digalakkan..hahahaha..bukan nak makan sorang..Hmm untuk bulan-bulan seterusnya banyak gak client dah di dalam waiting list..Alhamdullillah rezeki anak-anak..Insyaallah..saya cuba buat yang terbaik k..Terima kasih kepada semua yang sudi memberi ruang kepada saya untuk merealisasikan impian anda bersama : Ikhlas daripada ::©3BFOCUS::... TQ Vrymuch

Rabu, 16 Mac 2011

Thanks buat Puan D,terhasilnya Blog 3BFocus ni..boleh gak ada tempat untuk dipertontonkan karya-karya Bard yang boleh dikongsikan bersama.InsyaAllah akan terus belajar dan terus belajar..

Selangkah ke hadapan

Assalamualikum....
Hi semua.. Alhamdulillah.. ini 1st time Bard ada Blog... hehehehe
Baru2 nak belajar... so Bard dah belajar satu perkara baru... seronoknyer :)
so Bard akan cuba buat yg lebih baik...
Ok jumpa lagi pada siri lain.. bye